LAPORAN
KARNIVAL INOVASI DAN KREATIVITI BBM BACAAN
TARIKH
24 NOVEMBER 2017
TEMPAT
DKJ, KSAJS, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN
IDRIS
ANJURAN
PELAJAR KURSUS KETERAMPILAN MEMBACA (BMK 3033)
SEMESTER 3 SESI 2017/2018
DENGAN KERJASAMA
FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN (FSK)
1.0 PENGENALAN
Dalam era teknologi masa kini, proses pengajaran dan pembelajaran
bukan sahaja tertumpu kepada penggunaan buku teks, kaedah pengajaran guru
melalui penggunaan kapur tulis dan papan hitam sahaja, malah lebih daripada itu
termasuklah penggunaan teknologi yang menyediakan pembelajaran secara
interaktif bagi memupuk minat pelajar. Pengajaran dan
pembelajaran (P&P) yang efektif dapat dilihat melalui sejauh mana
kebolehan guru-guru dalam menghasilkan
P&P yang interaktif (Kamarul Azmi & Ab. Halim, 2007). Guru yang kreatif
dan inovatif pula mestilah mempunyai persediaan daripada aspek pengetahuan dan kemahiran dalam P&P termasuk
mengaitkan keseluruhan aspek tersebut di dalam penyampaian pengajarannya. Guru yang kreatif dan inovatif
dalam P&P boleh dijadikan perintis kepada guru- guru yang lain kerana
menggunakan sesuatu yang baru hasil daripada idea pemikiran sendiri ataupun
adaptasi BBM sedia ada. Pengetahuan tentang pelbagai teknik bacaan dalam kalangan guru
mampu membantu menyelesaikan masalah berkaitan kebolehbacaan di sesebuah
kawasan. Setiap teknik ciptaan manusia pasti memiliki kelemahannya yang
tersendiri. Guru perlu bijak memilih teknik yang ingin digunakan berdasarkan
kesesuaiannya dengan situasi dan tahap intelektual pelajar yang ingin diajar.
Guru yang bijak mengaplikasikan kekuatan dan kelemahan setiap teknik ini pasti
akan dapat memanfaatkan sepenuhnya teknik-teknik ini seterusnya melahirkan
pelajar yang cemerlang..
Oleh yang demikian, melalui teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran dari
guru sahaja belum dapat menjamin berlakunya proses pembelajaran yang berkesan
tanpa melalui bahan bantu mengajar. Dalam matapelajaran matematik, bahan bantu
mengajar memainkan peranan penting ke arah memahamkan konsep di dalam proses
pengajaran selain daripada bertujuan untuk menarik minat pelajar.
2.0 DEFINISI
BBM ialah segala kelengkapan
yang digunakan oleh guru atau murid untuk membantunya dalam menyampaikan
pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku
teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala
benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera
melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat
dialami oleh murid-murid. Menurut Mok Soon Sang (1991), ABM merupakan intipati
dalam membantu guru bagi melicinkan dan melancarkan pengajaran dalam usaha
memudahkan pelajar memahami konsep dan isi serta fakta dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
“ …hanya alat bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang
mampu membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi
mengembangkan sikap ilmiah dan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya
penghargaan.”
(Thomas, R.Murray,
Swartout, Sherwin G : 1963)
“ alat bantu ‘ itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang
padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan
antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu atau
mempercepatkan proses pemahaman mereka”.
(Noraziah Abdul Hamid : 1981)
Ngui Kuen Sang (1981 ) mengatakan bahawa bahan bantuan mengajar (BBM)
ini tidak dapat diberikan takrifan yang tetap walaupun pada keseluruhannya
ramai pendidik menyetujui bahawa penggunaan bahan bantuan mengajar (BBM) dalam
situasi pengajaran pembelajaran adalah pengalaman yang melibatkan penggunaan
penglihatan dan pandangan seseorang. Manakala Atan Long ( 1981 ) membahagikan
alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan: alat pendengaran, alat-alat pandangan
dan alat pandang-dengar. Noraziah Abdul Hamid ( 1981) membahagikan BBM kepada
dua iaitu media elektronik dan media bukan elektronik. Manakala Hanapiah Sudin
( 1979 ) dan Khairiah Ahmad ( 1980) mengkelaskannya kepada dua iaitu “
software” dan “ hardware”
3.0 JENIS-JENIS BAHAN
BANTUAN MENGAJAR
Bahan-bahan mengarajar tidak hanya terhad kepada satu kaedah
sahaja. Hal ini demikian kerana terdapat pelbagai bahan bantuan mengajar yang
semakin bertambah dengan wujud peredaran zaman yang semakin canggih. Sebagai
contoh, bahan-bahan yang menggunakan media elektronik seperti filem pelajaran,
filem jalur, slaid, overhead projektor (OHP), pita video, radio, pita rakaman,
piring hitam, CD , komputer,radio kaset, televisyen, internet dan sebagainya.
Selain itu, terdapat juga bahan bantuan mengajar yang mana tidak
mengunakan peralatan teknologi yang mana telah diaplikasikan semenjak zaman
dahulu lagi dalam mewujudkan suasana bilik darjah yang berkesan. Bahan yang
tidak menggunakan media bukan elektronik adalah seperti suara, gambar, carta,
model, surat khabar, papan hitam, papan putih, papan flanel, papan magnet,
kadkad imbasan, buku dan sebagainya.
Di samping itu, bahan yang
bercorak pengalaman seperti lakonan, lawatan, projek, pameran, bahan maujud
(realia) dan sebagainya juga boleh dijadikan sebagai modul yang berkesan dimana
melalui pengalaman sebenar murid-murid dapat mengalami sendiri apa yang
dipelajari.
4.0 KEBAIKAN BAHAN BANTUAN MENGAJAR
Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam kalangan guru di
sekolah memberi kesan yang positif terhadap kecemerlangan akademik pelajar dan
kaedah pengajaran guru itu sendiri. Kajian- kajian lalu telah membuktikan
bahawa wujudnya kesan positif tersebut antaranya melalui kajian oleh Jasmi, K.
A. (et al., 2011) dan Ilias, M. F. (et al., 2013). Kedua-dua dapatan kajian
Jasmi, K. A. (et al., 2011) dan Ilias, M. F. (et al., 2013) menunjukkan bahawa
penggunaan BBM oleh guru mampu membuatkan pelajar fokus kepada pengajaran
sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Oleh hal yang demikian BBM yang telah dihasilkan mampu meningkatkan
ingatan pelajar terhadap pelajaran yang disampaikan.
Secara tidak langsung, pelajar dapat mengingat serta
menambah pengetahuan yang sedia ada melalui teknik KWL walaupun menggunakan
teks sebagai bahan utama mengajar. Tambahan pula, pelajar bukan sahaja boleh
nampak pergerakan yang dilakukan tetapi pelajar dapat membaiki kesalahan yang
dilakukan semasa menjalankan aktiviti tersebut dengan hanya menjawab soalan
yang disediakan di dalam kotak. Kaedah ini juga dilihat dapat membantu pelajar
untuk membaca dengan mengkaji sesuatu topik tersebut daripada pelbagai perspektif serta mendalam
selain kemampuan pelajar untuk memberikan kesimpulan mengenai topik yang dikaji
berdasarkan maklumat baharu yang diperoleh dengan pengetahuan yang sedia ada
dengan topik yang berkaitan tersebut.
Tambahan
pula, setiap pelajar adalah tidak statik dari segi pemikirannya dan tingkah
laku. Oleh hal yang demikian dengan adanya BBM, kebosanan serta rasa tidak suka
pelajar terhadap sesuatu subjek dapat diurangkan. Misalnya, pelajar yang jenis
“kinestatik” tidak boleh belajar dalam keadaan senyak dan hanya berdiam diri.
Hal ini demikian mereka memerlukan rangsangan ataupun pergerakan dalam
memproses sesuatu idea. Begitu juga dengan pelajar yang “visual”, mereka
memerlukan daya penarik untuk mereka focus melihat sesuatu benda di dalam kelas.
Dengan adanya bahan bantuan mengajar yang pelbagai dan menarik. Deria
rangsangan para pelajar dapat diaktifkan dengan kerap. Melalui proses permainan
kotak beracun akan wujud pergerakan serta daya tarikan kepada para pelajar. Oleh
itu, cara mereka belajar tidak lagi membosankan kerana wujud rangsangan yang
secara tidak langsung mengaktifkan otak mereka untuk berfikir. Teks yang pada
asalnya sangat membosankan dan terlalu berat menjadi mudah bagi para pelajar
untuk memahaminya apabila dipindahkan dalam bentuk bahan bantuan mengajar
(BBM).
Kriteria-kriteria yang diaplikasikan dalam BBM
1. Sesuai
Perkataan
sesuai itu sendiri membawa maksud bertepatan, di mana konsep sesuatu mata
pelajaran boleh diikuti oleh pelajar. Tajuk dan juga keterangan berkaitan dengan
mata pelajaran. Perbendaharaan kata dan bahasa yang digunakan boleh difahami
oleh pelajar menepati seperti yang dikehendaki oleh kumpulan atau individu.
Bahan bantuan mengajar ini juga sesuai dengan keadaan kelas dimana kaedah ini
dapat diaplikasikan kepada semua murid tanpa wujud keciciran kerana bahan
bantuan mengajar ini merangkumi pelbagai soalan berdasarkan teks.
2.
Mencabar
Terdapat tiga
konsep penting yang perlu wujud dalam proses pembelajaran iaitu rangsangan,
pemikiran dan tingkah laku. Oleh yang demikian, bahan-bahan ini dapat
memberikan rangsangan untuk pelajar berfikir dan mendorong mereka untuk terus
belajar. Kaedah KWL ini dapat mencabar pemikiran pelajar ialah bahan-bahan yang
diaplikasikan dalam bbm merangkumi teks yang mana dari aras mudah kepada
komoleks, dari fakta yang terasing iaitu soalan yang pelbagai apabila
digabungkan akan wujud perkaitan yang merangkumi keseluruhan fakta teks. Malah
soalan yang disediakan juga adalah bahan yang khusus kepada bahan yang umum
(induktif) dan bahan yang umum kepada yang khusus (deduktif).
3.
Menepati
Ketepatan bahan
pengajaran dimaksudkan sebagai isi kandungan bahan pengajaran yang menepati
kandungan kurikulum pengajaran. Bahan pengajaran tersebut mempunyai perkaitan
antara aspek kandungan bahasa, proses pembelajaran dan pengajaran. Ketepatan
sesuatu bahan dengan kurikulum pengajaran bahasa adalah berdasarkan ciri-ciri
yang berikut:
a) Isi
kandungan sesuai dengan kemampuan dan kehendak pelajar.
b) Susunan
bahan
c) Mengandungi
maklumat atau fakta yang yang tepat.
d) Maklumat
yang kemaskini
e)
Perbendaharaan kata yang sesuai
f) Bahan
pengajaran yang diperakui.
4.
Menarik
Reka bentuk
yang digunakan adalah menarik dan diaplikasikan dalam bentuk kotak ajaib. Kotak
tersebut juga dibahagiakn kepada empat bahagian dimana merangkumi keseluruhan
topic. Ilustrasi dan bahan hiasan juga digunakan menghiasi bahan pengajaran, dimana berfungsi
sebagai manifestasi visual sesuatu maklumat yang akan dapat menambah atau
mengukuhkan pembacaan pemahaman.
5.
Jimat dan mudah
Bahan yang
digunakan adalah jimat kerana banyak menggunakan bahan terpakai seperti kotak,
kain. Manakala kos yang digunakan adalah sangat minimum.
6.
Praktikal
Bahan yang
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
praktikal
kepada kepada guru atau pelajar. Bahan yang digunakan adalah sederhana dan mudah digunakan serta
menggunakan bentuk bahasa yang yang berdasarkan situasi sebenar.
7.
Mudah alih
Bahan
pengajaran berfungsi dengan baik, boleh dibawa kemana-mana,dan tidak terlalu
berat atau besar.
5.0 KEKURANGAN
BAHAN BANTUAN MENGAJAR
Jika dilihat secara keseluruhannya, tidak ada kekurangan dalam
setiap bahan bantuan menjara selagimana bahan tersebut adalah selari dengan
modul bahan bantuan menhgajar yang sebenar. Namun begitu, jika dilihat dari
sudut realitinya, mesti ada juga kekurangan yang mana datangnya daripada guru
itu sendiri. Ketidakbolehan guru itu untuk mengaplikasikan bahan bantuan
mengajar tersebut di dalam kelas menjadikan bahan bantuan mengajar tersebut
tidak digunakan dengan sebaiknya mahupun sepenuhnya. Hal ini demikian kerana
mungkin wujud kelemahan yang datang daripada guru itu yang kurang berkualiti
dari segi aspek pengajrannya yang tersendiri. Hal ini secara tidak langsung
menjadikan pelaksanaan bahan bantuan mengajar itu sendiri walaupun sudah
sempurna namun masih tidak sepenuhnya difahami oleh para pelajar yang
menjadikan bahan bantuan mengajar itu kurang berkesan dan kurang berkualiti
apabila digunakan.
Selain itu, dalam setiap teknik juga wujud kelemahnnya. Antara kelemahan
teknik KWL adalah teknik ini memerlukan pelajar mengikuti langkah-langkah yang
ditentukan dalam membaca selain teknik ini juga memakan masa yang agak lama.
Teknik ini juga hanya sesuai untuk mata pelajaran atau buku yang berbentuk
ilmiah sahaja. Selain itu, jika tidak diaplikasikan dengan sebetulnya,
kemungkinan para pelajar tidak mahu ataupun bosan untuk mengikuti setiap
langkah yang perlu dilakukan untuk membaca menggunakan teknik ini.
6.0 KEPENTINGAN BAHAN BANTUAN MENGAJAR
Pada masa dahulu, guru mengajar tanpa menggunakan Alat Bantu
Mengajar (ABM). Pendidikan yang diberikan adalah secara lisan oleh guru kepada
pelajar. Menurut Asiah Abu Samah (1990), perkembangan sains dan teknologi yang
pesat telah menyebabkan kaedah menyebar data dan ilmu pengetahuan melalui bilik
darjah menjadi tidak lengkap. Maka, guru pelatih di Malaysia telah
diperkenalkan dengan penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) untuk membantu mereka
mengajar dengan lebih berkesan.
Selain itu, penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) adalah sebagai
alat pemudah untuk membantu dalam penyampaian pengajaran guru, bertujuan
mencapai objektif pengajaran yang telah dirancang oleh guru dan murid-murid
lebih memahami pengajaran guru seterusnya dapat menerima pembelajaran dengan
cepat. Bahan Bantuan Mengajar ini juga dapat mengelakkan proses pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas lebih menjurus kepada keadaan yang diselubungi
kebosanan di kalangan murid-murid, kerana murid-murid hanya lebih menumpukan
perhatian terhadap pengajaran satu hala oleh guru. Sebaliknya dengan adanya
BBM, proses pengajaran dan pembelajaran dapat ‘diselamatkan’ dari masalah
disiplin di dalam kelas.
Selain itu, BBM juga dapat mencungkil kreativiti guru untuk
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lebih mencabar.
Guru juga lebih terdedah dengan kemajuan sains dan teknologi jika guru
mempunyai inisiatif untuk meneroka dunia tanpa sempadan ini, dan
mengaplikasikannya dalam P&P.Hal ini demikian kerana zaman ini hampir
majority para pelajar tau menggunakan teknologi dimana bagi mereka itu sesuatu
yang menyeronokkan. Berbanding dengan dahulu yang hampir seratus peratus
menggunakan buku dan kertas. Oleh hal yang demikian, dengan adanya penggunaan
teknologi oleh guru ini, secara ridak langsung mampu mencipta sesuatu yang
baharu dalam proses mengajar disamping menjadikan pendidikan tersebut adalah
sejajar dengan kepesatan teknologi kini.
BBM menyediakan satu asas yang kuat
untuk sesuatu konsep
• Sebagai daya penarik penting
kepada seseorang pelajar
• Dapat menghasilkan pembelajaran
yang lebih kekal
• Memberi pengalaman sebenar yang boleh
merangsangkan aktiviti sendiri di kalangan pelajar
• Dapat membina pemikiran yang berterusan,
seperti melalui filem bergerak.
• Boleh membantu pemahaman
dan perkembangan perbendaharaan kata pelajar.
• Boleh memberi pengalaman
baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam.
7.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, dalam mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan dan kondusif, amat penting bagi seseorang guru dalam
mengaplikasikan teknik-teknik yang tertentu dalam bahan bantuan mengajar
mereka. Setiap mata pelajaran mempunyai teknik-teknik tertentu yang mungkin
hanya sesuai digunakan dalam situasi yang tertentu. Oleh hal yang demikian,
sebagai seorang guru, amat penting dalam mengkaji dan mengenalpasti dengan
lebih mendalam apakah kaedah atau teknik yang betul yang perlu digunakan dalam
mewujudakan sesuatu bahan bantuan mengajar agar pengajaran akan lebih berkesan
dan difahami oleh murid. Secara keselurahnnya, bahan bantuan mengajar amat
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh itu, guru
perlulah peka dan menggunakan sebaiknya bahan bantuan mengajar sebagai salah
satu inisiatif untuk mengajar.
RUJUKAN
Asiah Abu Samah. (1990). Ke Arah Pendidikan Bermutu Melalui
Penerapan Teknologi Pendidikan. Jurnal Pendidikan. 1-4. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Atan Long.
(1982). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamaruddin Husin. (1988). Pedagogi Bahasa.
Petaling Jaya: Longman.
Mok Soon Sang. (1991). Pedadogi 2: Strategi Pengajaran dan
Pengajaran Mikro. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Ngui, K. S.
(1989). Teknologi Pendidikan: Penggunaannya dalam Pengajaran Geografi.
Selangor: Fajar Bakti.
Thomas, R. M., & Swartout, S. G. (1963). Integrated Teaching
Materials, How to Choose, Create, and Use Them. New York: Revised and
Enlarged Impression.