KERTAS KERJA
KARNIVAL INOVASI DAN KREATIVITI BBM BACAAN
TARIKH
24
NOVEMBER 2017
TEMPAT
DKJ,
KSAJS, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
ANJURAN
PELAJAR
KURSUS KETERAMPILAN MEMBACA (BMK 3033) SEMESTER 3 SESI 2017/2018
DENGAN KERJASAMA
FAKULTI
SAINS KEMANUSIAAN (FSK)
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini
dikemukakan untuk mendapatkan kelulusan dan sumbangan kewangan daripada Fakulti
Bahasa dan Komunikasi dengan tujuan berikut:
- Untuk mendapatkan sumbangan dan bantuan kewangan daripada Fakulti
Bahasa dan Komunikasi.
- Untuk mendapatkan kelulusan penggunaan dan peminjaman untuk
mengadakan program ini.
- Untuk mendapatkan mata aktiviti pelajar “My Curriculum Activity
Transcript” (MyCAT).
2.0 PENGENALAN
Program ini dirangka
dan akan dilaksanakan oleh mahasiswa/i kelas BMK3033 Keterampilan Membaca di
bawah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris adalah
untuk memberi penambahan ilmu pengetahuan kepada pelajar itu sendiri. Di samping
itu, program ini dilaksanakan bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar
mengenai pembelajaran di luar kelas bagi mempraktikkan ilmu yang dipelajari di
dalam kelas sewaktu kuliah.
3.0 OBJEKTIF
Program ini diadakan
untuk:
3.1 Memberikan
pendedahan kepada mahasiswa/i supaya lebih kreatif.
3.2 Mewujudkan perpaduan
dan mengeratkan lagi ukhwah antara mahasiswa/i.
3.3 Membentuk
pelajar yang berketerampilan dan berkeperibadian tinggi dan mulia.
3.4 Memberikan
peluang kepada pelajar untuk menyumbangkan idea-idea yang bernas.
3.5 Mempraktikkan
segala apa yang diajar sewaktu kuliah ke dunia sebenar.
3.6 Tujuan
pengambilan markah bagi tugasan berkumpulan.
4.0 HASIL PEMBELAJARAN
- Mempraktikkan apa yang diajar di dalam kelas ke dunia perguruan
yang sebenar.
- Memberi pengalaman untuk para pelajar dalam menghasilkan sesuatu
yang kreatif dan berinovasi.
5.0 KEMAHIRAN INSANIAH
- Pendedahan kepada aktiviti yang sihat serta memberikan pengalaman
yang bermanfaat kepada mahasiswa/i.
- Membentuk nilai-nilai murni dan modal insan yang berguna.
- Membentuk peribadi guru yang kreatif dan berinovasi.
- Membentuk kerjasama antara ahli kumpulan.
6.0 JUSTIFIKASI
Program ini
bertujuan melahirkan mahasiswa/i yang berfikiran kreatif dan inovasi. Seterusnya,
dapat memberikan sumbangan dan bakti kepada sekolah yang terlibat. Selain itu, program
ini dapat mengalakkan pelajar mengamalkan nilai-nilai murni dalam diri mereka. Semangat kerjasama dan saling membantu sesama
peserta juga dapat digilap. Segala pengisian yang ingin dianjurkan dalam
program ini adalah bersesuaian bagi menyemai sikap prihatin, bekerjasama, dan
sentiasa memajukan diri kearah kecemerlangan.
7.0 MAKLUMAT PELAKSANAAN
PROGRAM
PROGRAM : KARNIVAL INOVASI DAN
KREATIVITI BBM BACAAN
TARIKH : 24 NOVEMBER 2017
HARI :
JUMAAT
MASA :
8.00 AM - 12.00 PM
TEMPAT
: DKJ, KSAJS, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
8.0 KUMPULAN SASARAN
Melibatkan orang pelajar kelas BMK3033 Keterampilan
Membaca Semester 3 Sesi 2017/2018, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
9.0 TENTATIF PROGRAM
MASA
|
AKTIVITI
|
8.00 pagi - 8.30 pagi
|
Persiapan
setiap kumpulan
|
8.30 pagi – 9.00 pagi
|
Ketibaan
VIP (Pensyarah)
|
9.00 pagi – 10.30 pagi
|
Lawatan
ke tapak pameran oleh VIP dan pelajar
|
10.30 pagi – 11.30 pagi
|
Sesi
soal jawab bersama dengan penyelaras pameran
|
11.30 pagi – 12.00 tengahari
|
Bersurai
|
10.0 SENARAI JAWATANKUASA
PELAKSANAAN PROGRAM
Penaung
Profesor
Madya Dr. Ibrahim Hashim
Penasihat
Prof
Madya Dr Dahlia Binti Janan
Pengarah program
Mohamad Amirul Syazwan bin Mohammad
Setiausaha
Siti Norfarahanis binti Abdullah
Bendahari
Siti Noor Syazana binti Zulkarnain
Ahli Jawatankuasa
Nur Atikah binti Mohd Zaki
11.0 ANGGARAN KEWANGAN
PENDAPATAN (A)
BIL
|
PERKARA
|
JUMLAH
|
1.
|
Kutipan pelajar (RM 2.5 x 4)
|
RM10.00
|
JUMLAH PENDAPATAN (A)
|
RM10.00
|
|
Jumlah
Keseluruhan : RM9.80
Baki : RM0.20
12.0 PENUTUP
Ucapan terima kasih
kepada semua ahli yang terlibat dalam menjayakan program ini. Diharapkan
program ini dapat memberi manfaat dan pengetahuan yang berguna dalam kalangan
mahasiswa/i mengenai profesion perguruan yang sebenar. Semoga program ini akan
mencapai objektif yang dihajatkan dan memberi pengalaman serta ilmu baru kepada
mahasiswa/i yang terlibat. Oleh hal yang demikian, kami juga sangat berharap
agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami dan seterusnya
meluluskan kertas kerja ini. Segala kerjasama daripada pihak tuan amat kami
hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.
Disediakan oleh:
|
Siti Noor Syazana Binti Zulkarnain,
Setiausaha,
Karnival Inovasi dan Kreativiti BBM Bacaan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perak.
Tandatangan : ………………………………
Tarikh : ………………………………
|
Disokong oleh:
|
Mohamad Amirul Syazwan bin Mohammad
Pengarah Program,
Karnival Inovasi dan Kreativiti BBM Bacaan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perak.
Tandatangan : ………………………………
Tarikh : ………………………………
|
Disemak oleh:
|
Prof Madya Dr Dahlia Binti Janan
Penasihat Program,
Karnival Inovasi dan Kreativiti BBM Bacaan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perak.
Tandatangan : ………………………………
Tarikh : ………………………………
|
Diperakui oleh:
|
Prof Madya Dr Khairil Bin Ariffin
Ketua Jabatan Sejarah,
Fakulti Sains Kemanusiaan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Tandatangan:............................
Tarikh :..............................
|
Diluluskan oleh:
|
Prof Madya Dr Ibrahim Hashim
Dekan,
Fakulti Sains Kemanusiaan
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak.
Tandatangan : ………………………………
Tarikh :
………………………………
|
No comments:
Post a Comment