PENGENALAN
KURSUS KETRAMPILAN MEMBACA:
Kursus ini bertujuan untuk
menyampaikan pengetahuan tentang definisi, konsep, jenis, prinsip, strategi dan
proses membaca yang memberikan fokus kepada proses dan aplikasi untuk menguasai
maklumat. Seterusnya kursus ini juga memberikan penekanan dan pendedahan kepada pelajar mengenai kaedah
serta strategi mengajar kemahiran membaca di sekolah.
Melalui kursus ini, para pelajar dapat
mengaplikasi prinsip dan teknik membaca berkesan bagi menguasai pelbagai bidang
ilmu. Selain itu, pelajar juga dapat menghuraikan pelbagai masalah dalam proses
membaca dan mensintesis maklumat daripada pelbagai bahan melalui aktiviti
membaca. Akhir sekali, para
pelajar mampu membina alat
pentaksiran membaca.
Antara kemahiran yang boleh dipindahkan oleh para pelajar
semasa membina bahan bantuan mengajar ialah membuat keputusan dan memberi
justifikasi dalam memilih teknik membaca untuk keperluan individu dan
pengajaran. Selain
itu, pelajar mampu berkomunikasi dengan berkesan
dalam pembentangan dan kerja berkumpulan serta membina item pentaksiran
berdasarkan taksonomi yang bersesuaian.
PENGENALAN TEKNIK
MEMBACA:
Teknik membaca secara kritikal
melibatkan pemikiran secara kritis dan analitik yang berfungsi untuk mentafsir dan
menilai semula maklumat yang telah dibaca. Selain itu, bacaan secara kritikal
merupakan pembacaan yang teliti dan mendalam terhadap sesuatu teks. Hal ini
demikian kerana, membaca secara kritikal memerlukan pembaca untuk memahami teks
dan menganalisi isi kandungan yang terdapat dalam teks tersebut. Terdapat
beberapa teknik membaca yang dapat dilaksanakan seperti bertanya kepada
penulis, KWL, Preview teks, Prosedur ReQuest, Hubungan Soal-Jawab, Pengajaran
Eksplisit, Berfikir Bersuara, Menerap Imej, dan Dialog. Selain itu, terdapat
juga strategi yang boleh digunakan untuk membantu pelajar untuk memahami teks.
Melalui teknik ini pelajar akan dibantu untuk memahami teks dan mengingat
maklumat yang terdapat dalam teks. Antaranya teknik tersebut ialah Teknik tinjauan,
PORPE, Mencatat nota untuk pelajar, PLEA, dan Bengkel internet.
No comments:
Post a Comment