Kami telah memilih teknik KWL untuk
membina bahan bantuan mengajar. Teknik KWL ini bertujuan untuk membantu
merangsang pemikiran dan minda pembaca secara aktif semasa proses membaca. Teknik
ini dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk
meningkatkan daya pengetahuan murid-murid berkaitan dengan topik yang
dipelajari. KWL merupakan akronim K-know (Apa
yang saya tahu?),W-what (Apa yang
ingin saya tahu), dan L-learn (Apa
yang saya pelajari). Teknik ini juga dapat melibatkan seseorang pelajar itu
secara aktif semasa berada di dalam kelas. Kelebihan teknik ini ialah dapat
membantu pelajar untuk mencipta pembacaan yang lebih efektif bagi diri sendiri
dan menerokai topik yang dikaji daripada pelbagai persektif. Selain itu, dapat
membantu pelajar untuk memahami dengan lebih terperinci mengenai sesuatu topik.
Seterusnya, dapat membantu pelajar untuk membuat kesimpulan yang baharu
mengenai topik yang dikaji berdasarkan maklumat baharu yang diperolehi dan
pengetahuan yang sedia ada berkaitan topik tersebut. Teknik ini merupakan
teknik yang mudah dan tidak melibatkan kos yang mahal. Teknik ini boleh
dilaksanakan secara individu dan berkumpulan.
No comments:
Post a Comment