Friday, 8 December 2017

CONTOH TEKS

SEJARAH ISLAM
  • LATAR BELAKANG TERMETERAINYA PERJANJIAN HUDAIBIYYAH
  • Pada 1 Zulkaedah tahun 6 hijrah Rasulullah dan pengikutnya seramai 1400 orang berangkat ke Mekah dengan niat mengerjakan Umrah.
  •  Apabila rombongan Rasulullah hamper ke Mekah, musyrikin Mekah menghantar wakil Budail bin Warqa’ al Khuzai memberitahu musyrikin Mekah bersedia dengan senjata untuk menghalang kemasukan rombongan Islam.
  • Rasulullah mengarahkan Budail memaklumkan semula kepada pihak Quraisy kedatangan muslimin untuk ziarah bukan perang. Rasulullah juga berharap dapat mewujudkan perdamaian antara kedua-dua belah pihak satu tempoh tertentu.
  •  Musyrikin Mekah hantar pula Urwah bin Masud untuk berunding dengan Rasulullah. Tetapi gagal mencapai sebarang persetujuan.
  • Rasulullah utuskan Saidina Uthman bin Affan untuk berunding dengan kafir Quraisy. Beliau ditahan selama 3 hari oleh pihak kafir Quraisy.
  • Rasulullah terima berita Saidina Uthman dibunuh. Rasulullah dan rombongannya bermesyuarat dan bersetuju membuat Sumpah Setia untuk menuntut bela kematian Saidina Uthman.
  • Sumpah setia ini dinamakan BAI’ATUR RIDHWAN / BAI’ATUS SYAJARAH, Sempena tempat janji setia itu diadakan iaitu dibawah pokok bernama “Ridhwan” (Surah Al-Fath, ayat : 10).
  • Setelah Musyrikin Mekah mengetahui keputusan rombongan Islam untuk membela kematian Saidina Uthman, mereka membuat keputusan untuk membebaskannya semula.




SEJARAH MALAYSIA
PENDAHULUAN
Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman telah membuat pengumuman mengenai gagasan Malaysia yang mengandungi Tanah Melayu, Singapura, dan tiga wilayah Borneo iaitu Sabah, Sarawak dan Brunei. Dalam konteks negeri Sabah (dikenali juga sebagai Borneo Utara ketika itu) telah menunjukkan reaksi serta merta apabila idea tersebut dikemukakan. Reaksi penduduk negeri ini dapat dilihat dalam kalangan pemimpin, mahupun rakyat jelata sebagaimana yang dapat digambarkan dalam akhbar tempatan. Reaksi awal ini akan diteliti untuk melihat sejauhmana akhbar menjadi alat penting dalam mengurangkan salah faham berkaitan dengan gagasan Malaysia. Justeru itu, kajian secara kualitatif digunakan untuk melihat perkembangan reaksi tersebut pada awal gagasan ini diperkenalkan.
            Sebagai perbandingan pula, penulis akan membincangkan reaksi penduduk Sabah dalam konteks kontemporari terhadap beberapa isu yang berkaitan dengan pembentukan Malaysia. Reaksi ini akan dilihat berdasarkan kajian kuantitatif berasaskan survey di dua kawasan parlimen terpilih P170 Tuaran dan P174 Penampang. Antara isu yang dibangkitkan dalam kajian ini termasuklah Perjanjian Malaysia, Perkara 20 dan dokumen Inter-Government Committee (IGC). Pada dasarnya, beberapa isu tersebut menjadi penentu kepada hubungan kerajaan pusat dengan kerajaan negeri.
            Walaupun disedari terdapat perbezaan yang ketara sekiranya untuk dibuat perbandingan, namun begitu terdapat beberapa ciri istimewa yang boleh diketengahkan jika ditinjau reaksi penduduk Sabah terhadap pembentukan Malaysia dulu dan kini. Antara ciri yang boleh diketengahkan termasuklah seajuh mana keprihatinan penduduk negeri ini terhadap isu yang membaitkan pembentukan Malaysia. Hal ini juga dapat memberikan gambaran sejauhmana pentingnya pembentukan Malaysia dalam kalangan orang Sabah. Seperkara lagi, yang dapat diketengahkan ialah isu utama atau dominan yang sering diperkatakan  oleh penduduk negeri ini sebelum dan selepas pembentukan Malaysia. Persoalannya, apakah isu-isu pembentukan Malaysia tersebut ada jalan penyelesaiannya? Sebelum dibincangkan perkara tersebut, maka terlebih dahulu dihuraikan reaksi awal penduduk Sabah terhadap pembentukan Malaysia berdasarkan akhbar-akhbar tempatan.



SEJARAH ASIA TENGGARA
KEPENTINGAN PERJANJIAN SAIGON 1874
Melalui Perjanjian ini, Kerajaan Perancis mengakui kemerdekaan Perancis dan kedaulatan Vietnam  serta berjanji melindungi Vietnam daripada sebarang pencerobohan luar. Sebagai balasannya, Vietnam bersetuju menyerahkan hubungan dasar luar Cochinchina (Vietnam Selatan) kepada Perancis. Dengan kata lain, Vietnam telah memindahkan kuasa kedaulatan Negara mereka kepada Perancis. Oleh itu, dengan termeterainya Perjanjian Saigon 1874 , ia menimbulkan pelbagai reaksi di Perancis. Bagi para penyokong imperialis di Perancis, perjanjian ini merupakan kemenangan kepada mereka kerana pada pendapat mereka, Perancis Berjaya mengalihkan Kiblat ketuanan Vietnam daripada China kepada Perancis. Di samping itu, golongan penyokong imperialis juga berpendapat bahawa perjanjian tersebut merupakan sebuah perjanjian  memberi hak pertuanan (protection) kepada Perancis kerana Vietnam telah menjadi negeri naungan Perancis (protectorate state) walaupun tidak tercatat dalam perjanjian tersebut. Bagi pihak yang menentang idea imperialisme di Perancis pula, mereka juga menganggap bahawa Perjanjian Saigon 1874 ini merupakan kemenangan bagi mereka kerana perjanjian ini memperlihatkan tekad dan usaha Perancis untuk membebaskan Vietnam secara total daripada sebarang kuasa asing ke atas Vietnam termasuk China dan mengiktiraf kedaulatan Maharaja Vietnam.
            Manakala di pihak China, walaupun mereka menyedari akan kewujudan Perjanjian Saigon1874, tetapi istana di Beijing terus menerima ufti dan istiadat mengadap daripada Vietnam seperti yang berlaku pada tahun 1876, 1877, dan 1880. Begitu juga pada tahun 4 Oktober 1880, utusan tributary Vietnam sekali lagi ke China. Lantaran itu pada awalnya China melihat bahawa Perjanjian Saigon sebagai sebuah perjanjian yang tidak mengancam hak pertuanan China ke atas Vietnam. Sebaliknya,  China beranggapan  bahawa hubungan China dengan negeri-negeri naungan termasuk Vietnam hanya memerlukan pengiktirafan dari negeri naungan itu sendiri. Ia tidak memerlukan pengiktirafan dari Negara lain. Oleh itu, pada tahun 1875 dan 1880 contohnya, Maharaja Guangxu (1871-1904) terus menghantar angkatan tentera dari China yang diketuai oleh Feng Zicai (1818-1903) ke Vietnam untuk membantu menghapuskan pemberontakan yang dilakukan oleh Wang Zongyin di Ho Nam, Utara Vietnam.
            Selain itu, Vitenam yang tidak memaklumkan kepada China tentang Perjanjian Saigon 1874 secara rasmi dan segera kepada China juga menyebabkan China pada awalnya tidak memberikan reaksi tentang perjanjian tersebut. Hal ini kerana pada pandangan Vietnam, Perjanjian Saigon 1874 dengan Perancis dilihat lebih sebagai satu perjanjian biasa untuk urusan perdagangan dan perniagaan (Treaty of Peace and Alliance).




SEJARAH DUNIA
Empayar Rom merupakan fasa tamadun Rom kuno yang disifatkan oleh sebuah kerajaan autokratik. Republik Rom yang pada awal tekah dibinasakan  dan dilemahkan oleh pertikaian antara Gaius, Marius dan Sulla, diikuti oleh perang Saudara Gaius Julius Caesar terhadap Pompey. Semasa perebutan kuasa ini, berates-ratus senator telah bertempur, dihukum mati, dibunuh atau membunuh diri. Senat Rom dipenuhi semula dengan kawan-kawan yang setia kepada Pemerintahan Bertiga Pertama dan kemudian, oleh penyokong-penyokong Pemerintahan Bertiga Kedua. Pada akhirnya, Octavian (kemudian dikenali sebagai “Augustus” yang menewaskan pesaingnya, Mark Antony, dan menamatkan subversi yang beransur-ansur ini melalui penyusunan semual Republik Rom menjadi “ Empayar Rom”.
“Empaya Rom” boleh juga digunakan sebagai terjemahan untuk ungkapan, Imperium Romanum, yang mungkin merupakan ungkapan bahasa Latin yang terkenal yang mana perkataan imperium telah digunakan untuk bermaksud “ wilayah”; “ Empayar Rom” merujuk kepada bahagian dunia di bawah pemerintahan Rom. Pengembangan wilayah Rom ini yang menyeberangi sempadan Negara kota Rom yang asal telah bermula sejak lama lagi sebelum Negara itu menjadi sebuah Empayar. Pada kemuncaknya selepas penaklukan Dacia oleh Trajan, Empaya Rom menguasai permukaan tanah sebanyak lebih kurang 5,900,000 kilometer persegi (2,300,000 batu persegi) dan oleh itu, menjadi empayar terbesar semasa Zaman Purba Klasik.


Tarikh yang tepat ketika Republik Rom menjadi Empayar Rom telah dipertikaikan, dengan tarikh-tarikh perlantikan Julius Caesar sebagai dictator seumur hidup (44 SM), Perang Actium (2 September 31 SM), dan tarikh ketika Senat Rom menganugerahkan Octavian dengan gelaran Augustus (6 Januari 27 SM) kesemua ini dikemukakan sebagai calon. Untuk mengelirukan perkara ini lagi, Ovtavian mengisytiharkan diri sebagai penyelamat Republik Rom dan menyembunyikan kuasanya dengan teliti di bawah bentuk-bentuk republic. Pada kelihatannya, Republik Rom masih hidup : konsul-konsul masih dipilih, tribunal marhaen masih mencipta undang-undang, dan senator-senator masih memperdebatkan di dalam Kuria Rom. Bagaimanapun, Octovian adalah orang yang menguasai kesemua ini serta membuat seua keputusan terakhir, dan jika perlu, legion-legion Romawi akan digunakan untuk menyokong beliau.

No comments:

Post a Comment